Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uvolt – Jam Tangan Berkuasa Solar Merangkap Power Bank Kecemasan

Masalah utama jam tangan pintar ialah ketahanan bateri yang agak rendah. Pada penggunaan biasa, jam tangan pintar mampu bertahan sekitar dua hari. Uvolt ialah sebuah jam tangan analog biasa. Ia tidak pintar tetapi dilengkapi panel solar yang membekalkan kuasa kepada power bank terbina.

Uvolt mungkin power bank berkuasa solar boleh-pakai pertama di pasaran. Panel solar pada muka jam akan mengecas power bank sebesar 600 mAh. Apabila di dalam situasi kecemasan dan peranti pintar hampir kehabisan bateri, bateri Uvolt boleh ditanggalkan bagi menjadi sumber kuasa sementara. Apa yang menarik ialah ia boleh mengecas semula peranti pintar secara tanpa wayar.

Jam tangan merangkap power bank ini sedang mengumpul dana menerusi Kickstarter. Ia boleh ditempah pada harga bermula dari $119 (~RM 532) seutas.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uvolt – Jam Tangan Berkuasa Solar Merangkap Power Bank Kecemasan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info