Dunia realiti-maya sedia mendapat perhatian pelbagai syarikat teknologi, termasuk Google, Samsung, dan juga Apple – selain daripada Facebook sendiri yang telah mengambil-alih Oculus Rift pada tahun lepas. Dengan teknologinya yang semakin menjadi popular akhir-akhir ini, salah satu perkara yang turut menjadi fokus ramai akhir-akhir ini adalah kandungan untuknya.
Bercakap mengenainya, kini Facebook turut mengatkaan sedang membangunkan aplikasi mereka untuk paparan realiti-maya. Ia tidak diketahui lagi bagaimanakah paparan dan kawalan akan ditawarkan oleh Facebook melalui aplikasi tersebut kelak memandangkan ia akan dikawal menggunakan headset.
Apa pun, pembangunan untuknya masih lagi di peringkat awal, dan akan mengambil masa yang lama lagi sebelum ia diperkenalkan kepada umum. Pihak Facebook mengatakan kelak pembangunan aplikasi untuk realiti-maya akan menjadi mudah, membolehkan sesiapa sahaja membangunkan untuknya.
Buat masa ini, pihak Mozilla sedia menawarkan Firefox khusus untuk realiti-maya, dan tidak mustahil lebih banyak perisian khusus yang dioptimasikan untuk teknologi ini hadir dalam memudahkan proses pembangunan kandungan untuk paparan realiti-maya.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Facebook Sedang Membangunkan Aplikasi Tersendiri Yang Dioptimasikan Untuk Realiti-Maya"