Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebanyak 25% Pemilik Surface Melaporkan Masalah Dalam Dua Tahun Peranti Dibeli

Microsoft Surface mempopularkan rekaan tablet dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan. Rekaan ini kini digunapakai oleh pengeluar komputer tablet Windows yang lain. Ia adalah percaturan Microsoft untuk menantang kepopularan komputer Mac. Minggu lalu Consumer Reports menarik semula saranan pembelian ke atas Microsoft Surface. Sebab yang diberikan ialah 25% pemilik melaporkan mengalami masalah dalam masa jangka masa dua tahun peranti dibeli.

Sebanyak 90,000 pemilik Surface dan Surface Book mengambil bahagian di dalam pungutan suara yang dilakukan Consumer Reports. Microsoft tidak bersetuju dengan laporan Consumer Reports.

Malang bagi mereka memo dalaman Microsoft telah tertiris dan menunjukkan mereka menyedari masalah yang melanda produk Surface Pro 4 dan Surface Book mereka. Sebanyak 17% Surface Book dipulangkan semula oleh pembeli pada tempoh awal penjualan. Angka ini menurun ke 10% selepas enam bulan. Pada Surface Pro 4 pula angka pulangan semula mencecah 16% pada tempoh awal jualan sebelum berkurangan ke 6%.

Microsoft menyedari terdapat masalah pada komputer riba keluaran mereka. Sebelum ini terdapat beberapa masalah dilaporkan seperti Surface Pro 3 tidak boleh dicas selepas kehabisan bateri. Microsoft hanya menyelesaikannya melalui kemaskini perisian selepas dua bulan.

Surface bukan satu-satunya produk yang ditarik saranannya oleh Consumer Reports. Awal tahun ini mereka menarik saranan ke atas Apple MacBook Pro 2017 kerana bateri yang tidak bertahan selama yang diiklankan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebanyak 25% Pemilik Surface Melaporkan Masalah Dalam Dua Tahun Peranti Dibeli"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info