Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Lenovo Menutup ZUK Mobile Dan Peranti Dijenamakan Semula Sebagai Lenovo Moto

ZUK Mobile ialah pengeluar yang memulakan operasi pada Mei 2015 dan ia merupakan anak syarikat Lenovo. Setakat ini mereka telah menghasilkan lima peranti dengan ZUK Edge dilancarkan Disember tahun lalu. Kini kedengaran ura-ura ZUK Mobile akan ditutup dan kesemua peranti mereka akan dijenamakan semula di bawah payung Lenovo Moto. Ini ialah menurut pandangan pengalisa Pan Jiutang melalui laman Weibo beliau.

ZUK Lutsinar

Sekiranya ura-ura ini benar ia sebenarnya tidak mengejutkan. Pihak Lenovo telahpun menghentikan penggunaan jenama Vibe mereka tahun lalu. Dengan menggunakan nama Moto, peranti mereka akan lebih mudah diterima pengguna terutamanya di barat.

Langkah menggabungkan kesemua peranti Lenovo di bawah payung yang sama dapat mengurangkan kos dan memudahkan proses pemasaran. Pada waktu yang sama sebelum ini kami melaporkan di China kesemua peranti Lenovo Moto akan menggunakan pelancar ZUI yang dibangunkan oleh ZUK.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Lenovo Menutup ZUK Mobile Dan Peranti Dijenamakan Semula Sebagai Lenovo Moto"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info