Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Butiran Mengenai Kad Grafik AMD Vega Tertiris – Memperkenalkan AMD Rage Dan Rage X Fury

Siri kad grafik terbaru AMD, yang diberikan kod nama Vega dikatakan akan diumumkan di acara Computex di Taiwan nanti, tetapi nampaknya beberapa butiran penting mengenai siri kad grafik ini sudahpun tertiris ke arena web.

Menurut tirisan oleh WCCFTech ini, AMD bakal memperkenalkan empat kad grafik dibawah nama siri baru AMD Rage. Tirisan tersebut juga menunjukkan kelajuan cip pemprosesan grafik, jumlah VRAM dan juga jumlah unit shader yang digunakan.

Kad-kad ini termasuklah AMD Rage, AMD Rage X, AMD Rage X Fury dan AMD Rage X2 Fury.

  AMD Rage AMD Rage X AMD Rage X Fury AMD Rage X2 Fury
Kelajuan GPU 1400MHz+ 1500MHz+ 1600MHz+ 1600MHz+
RAM (HBM2) 4GB 8GB 8GB 8GB
Shader Unit 3584 3584 4096 4096

Dalam pada itu, rekabentuk asas siri kad grafik AMD yang terbaru itu juga ditiris dalam slide PowerPoint, dan nampaknya AMD akan menggunakan tema berwarna putih dan merah untuk kad-kad mereka.

Dengan kehadiran tirisan dokumen-dokumen ini, kami pasti bahawa AMD akan mengumumkan ketibaan kad grafik Vega tidak lama lagi. Bagi mereka yang masih diatas pagar, anda hanya mungkin perlu menunggu sebulan atau dua lagi untuk kad grafik terbaru daripada AMD ini. Diharap ianya boleh dibeli dengan harga mampu-milik, tidak seperti kad-kad grafik seperti GTX 1080 Ti oleh NVIDIA.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Butiran Mengenai Kad Grafik AMD Vega Tertiris – Memperkenalkan AMD Rage Dan Rage X Fury"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info