Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uncharted : The Lost Legacy Akan Hadir 22 Ogos – Trailer Baru Diperlihatkan

Uncharted : The Lost Legacy ialah permainan yang amat dinantikan dari studio Naughty Dog, Ia mungkin permainan Uncharted terakhir keluaran mereka kerana Naughty Dog sedang membangunkan permainan The Last of Us 2. Tarikh pelancaran The Lost Legacy akan hadir 22 Ogos hadapan dan trailer terkini turut dilancarkan semalam.

Permainan video ini akan menumpukan perhatian kepada watak Chloe Frazer dan Nadine Ross dalam pengembaraan mereka mencari The Tusk of Ganesh. Dari beberapa temubual yang telah dilakukan, The Lost Legacy ialah kesinambungan Uncharted 4 dengan waktu permainan sekitar 10 jam. Bagi pengguna yang membeli Uncharted 4: A Thief’s End Digital Deluxe Edition, Explorer’s Pack atau the Triple Pack, The Lost Legacy akan diterima sebagai muat turun percuma.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uncharted : The Lost Legacy Akan Hadir 22 Ogos – Trailer Baru Diperlihatkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info