Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Mengumumkan Aplikasi Yang Boleh Membalas Mesej Secara Automatik Ketika Memandu

Samsung sedia membangunkan beberapa aplikasi dalam memudahkan kehidupan harian. Terkini, mereka turut sebuah aplikasi baru yang dinamakan sebagai In-Traffic Reply, iaitu sebuah aplikasi yang boleh membalas secara automatik ketika anda sedang memandu kenderaan.

Melalui aplikasi ini, ia beroperasi secara automatik apabila mendapati pengguna sedang memandu atau menunggang kenderaan melalui sensor GPS pada telefon pintar berkenaan. Seperti biasa, pengguna boleh mengawalnya, dan menetapkan apakah mesej automatik yang boleh dibalas.

In-Traffic Reply

Seperti ramai sedia maklum, kebarangkalian seseorang membalas mesej adalah sangat tinggi – dan ia turut membawa kepada ancaman ketika berada di atas jalan raya. Dengan aplikasi ini, Samsung ingin mengurangkannya, selain membolehkan pengguna memfokuskan kepada pemanduan di jalan raya.

Buat masa ini, Samsung masih sedang mengujinya pada peringkat beta, dan dijangka melancarkan ia di Google Play Store sekitar pertengahan Mei kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Mengumumkan Aplikasi Yang Boleh Membalas Mesej Secara Automatik Ketika Memandu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info