Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Rekaan Fon Telinga Tanpa Wayar Google Tertiris

Google bermula sebagai syarikat perisian dan sudah berubah menjadi syarikat yang menghasilkan perkakasan. Google mungkin akan menghasilkan fon kepala pula di masa hadapan untuk peranti Pixel mereka. Rekaan untuk fon kepala tanpa wayar mereka tertiris menerusi pemfailan kepada FCC di Amerika Syarikat.

Fon telinga BlueTooth ini mempunyai logo Google yang tertera dengan terang. Beberapa butang kawalan juga terletak pada bahagian sisi bersama dengan port pengecasan MikroUSB. Bagi yang memerlukan sambungan berwayar, terdapat bicu audio 3.5mm. Sebuah bateri sebesar 600 mAh digunakan bagi memberikan tempoh penggunaan sehingga 25 jam.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Rekaan Fon Telinga Tanpa Wayar Google Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info