Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Prezi Next Ingin Memudahkan Anda Membuat Fail Pembentangan Interaktif Dan Menganalisanya

Prezi merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam menyediakan fail atau dokumen pembentangan berbentuk interaktif dan menarik perhatian ramai. Hari ini, mereka telah memperkenalkan penawaran produk baru mereka yang dinamakan sebagai Prezi Next.

Prezi Next ingin lebih mempermudahkan lagi proses membuat fail pembentangan, sama ada secara individu atau berkumpulan. Melaluinya, ia membolehkan pengguna memilih sebarang tema yang, dan membuat penyuntingan dengan lebih pantas berbanding kebiasaan melalui editor yang baru.

Prezi Next

Selain daripada membuat dokumen berkenaan, ketika pembentangan, Prezi Next turut menawarkan kemudahan paparan melalui peranti mudah-alih, selain membolehkan pengguna bernavigasi ke mana-mana bahagian dengan mudah dan pantas.

Dan akhir sekali, Prezi Next turut menyertakan integrasi penganalisaan, dimana pengguna boleh melihat statistik berapa ramai yang melihatnya, berkongsi dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba Prezi Next hari ini. Versi asas ditawarkan secara percuma, sementara versi berbayar pula ditawarkan dengan sokongan kawalan privasi.

Layari : Prezi Next



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Prezi Next Ingin Memudahkan Anda Membuat Fail Pembentangan Interaktif Dan Menganalisanya"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info