Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Menggunakan Pengecas Tanpa Wayar

Samsung Galaxy S8 dan S8+ kedua-duanya diiklankan menyokong sistem pengecasan tanpa wayar. Ini bukanlah fungsi baru dan telahpun disokong peranti keluarga Galaxy S sejak S4 melalui aksesori tambahan. Namun kini sebilangan pengguna Galaxy S8 melaporkan masalah menggunakan sistem pengecasan tanpa wayar.

Masalah ditemui apabila S8 cuba dicas menggunakan pengecas tanpa wayar generasi lama seperti yang hadir dengan S7 tahun lalu. Peranti tidak akan mengecas sebaliknya mesej ” wireless charging paused” terpapar pada skrin. Pada talam notifikasi pula mesej “irregular charging detected” dipaparkan.

Antara teori mengapa ini berlaku ialah kerana format pengecasan yang berbeza digunakan pada S8. Bagi mengelakkan masalah bateri Note 7 berulang, hanya pengecas tanpa wayar terbaru yang dilancarkan bersama S8 boleh digunakan buat masa ini. Pihak Samsung masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai masalah ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengguna Samsung Galaxy S8 Melaporkan Masalah Menggunakan Pengecas Tanpa Wayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info