Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membangunkan Sebuah Kapal Udara Misteri

Larry Page sedia membuat pelaburan pada kenderaan terbang seperti Kitty Hawk baru-baru ini. Selain Larry Page, seorang lagi pengasas Google, iaitu Sergey Brin turut dilihat sedang melihat kepada pengangkutan udara, dan sedang membangunkan sebuah kapal udara misteri.

Sergey Brin sedang membangunkan kapal udara bersaiz besar berkenaan di hangar milik NASA. Ia tidak diketahui kapal udara jenis apa yang sedang dibangunkan, dan juga menjadi tanda tanya sama ada ia adalah hobi semata-mata atau Sergey sedang melihat untuk mengubahnya menjadi sebuah perniagaan.

Beberapa orang yang terlibat dalam projek berkenaan mengatakan Sergey sedia menyukai arena kapal udara. Beliau mula meminatinya ketika melawat NASA Ames Research Center sebelum ini, yang terletak berhampiran dengan ibu pejabat Alphabet.

Pada 2015 yang lepas, salah satu bahagian dibawah Google, iaitu Planetary Ventures telah mengambil hangar besar di Ames daripada NASA dan mengubahnya menjadi salah satu makmal pembangunan Google.

Kini, ia dikatakan projek Brin sendiri, yang mana bukannya dibawah Alphabet telah memperlihatkan pembangunan, dan kerangka logam untuk kapal berkenaan telah pun dibina.

Di Silicon Valley sendiri, sejumlah projek penerbangan sedang dibangunkan, bukan sahaja kereta terbang, tetapi juga seperti roket yang boleh digunakan semula, dan sebagainya.

Buat masa ini, Sergey Brin tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan apa yang sedang dibangunkan oleh mereka di hangar berkenaan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengasas Google, Sergey Brin Sedang Membangunkan Sebuah Kapal Udara Misteri"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info