Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Papan Kekunci Dan Tetikus Logitech G Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM 329

Papan kekunci dan tetikus Logitech G Pro dilancarkan pada bukan Mac yang lalu. Kedua-dua aksesori komputer ini dihasilkan untuk kegunaan atlet e-sukan yang mahukan peranti input yang boleh diandalkan ketika bertarung di gelanggang maya.

Bagi pengguna tempatan, Logitech mengesahkan Logitech G Pro Mechanical Gaming Keyboard dan G Pro Gaming mouse kini boleh dibeli di Malaysia. Logitech G Pro Mechanical Gaming Keyboard dijual pada harga RM RM629.Papan kekunci mekanikal ini menggunakan suis Romer-G Logitech yang 25% lebih pantas berbanding suis mekanikal lain di pasaran. Ia turut mempunyai lampu RGB yang menyokong 16.8 Juta warna.

Logitech G Pro Gaming Mouse pula dijual pada harga RM 329. Ia dilengkapi sensor PMW3366 dengan tetapan di antara 200 – 12,000 DPI. Suis yang digunakan pula mampu bertahan sehingga 20 Juta klik. Akhir sekali ia mempunyai memori dalaman yang mengingati tetapan yang digunakan pengguna.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Papan Kekunci Dan Tetikus Logitech G Pro Kini Di Malaysia – Harga Bermula RM 329"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info