Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Moto C Daripada Lenovo Dijangka Menyasarkan Penawaran Peranti Asas Pada Harga Rendah

Lenovo pada tahun ini dilihat tidak lagi memperkenalkan sebarang peranti dibawah keluarga Vibe, sebaliknya lebih memfokuskan kepada siri peranti dibawah jenama Moto yang dimiliki mereka hasil pengambil-alihan Motorola daripada Google.

Mereka sedia memperkenalkan Moto G5 sebelum ini dengan fokus terhadap peranti berspesifikasi pertengahan dengan harga kompetitif. Selain daripada Moto G5, Lenovo dilihat akan hadir dengan sebuah lagi telefon pintar baru pada tahun ini, dinamakan sebagai Moto C serta variasi Moto C Plus.

Dikongsikan oleh @evleaks yang sedia terkenal dengan pelbagai ketirisan yang tepat sebelum ini, Moto C dijangka akan menyasarkan kepada peranti berspesifikasi asas – terutamanya kepada negara-negara membangun dan pengguna yang pertama kali menggunakan telefon pintar.

Moto C

Moto C dijangka hadir dengan skrin 5-inci pada resolusi 854×480 – selain model Moto C Plus dengan resolusi 1280×720 HD.

Kedua-dua peranti ini dijangka menggunakan cip MediaTek, serta hadir dengan variasi yang menyokong rangkaian 4G. Moto C akan menggunakan 1GB RAM untuk memori, sementara Moto C Plus pula dikatakan akan hadir dengan penawaran antara 1GB ke 2GB RAM.

Pada bahagian kamera, Moto C dikatakan akan menggunakan kamera 5-megapixel di belakang, dan 2-megapixel dihadapan. Moto C Plus pula dijangka menggunakan kamera 8-megapixel di belakang, dan 2-megapixel dihadapan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua model ini akan diperkenalkan – dan menjadi tanda tanya sama ada ia akan memasuki pasaran Malaysia ataupun sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Moto C Daripada Lenovo Dijangka Menyasarkan Penawaran Peranti Asas Pada Harga Rendah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info