Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LINE Akan Menamatkan Sokongan Untuk BlackBerry Pada Bulan Julai 2017

LINE, salah satu perkhidmatan permesejan yang digunakan dengan meluas, hari ini telah mengumumkan beberapa perubahan pada platform mereka. Menurut LINE, mereka akan menamatkan sokongan untuk perkhidmatan mereka di BlackBerry pada bulan Julai 2017 ini, membuatkan ia tidak lagi beroperasi pada platform berkenaan selepas 3 Julai 2017.

Selain pada BlackBerry, sokongan juga akan ditamatkan pada tarikh sama di platform Firefox OS dan juga Nokia Asha. LINE juga tidak akan menawarkan muat-turun melalui Windows 8 bermula hari ini.

Menurut LINE, pengguna juga tidak akan dapat membuat akaun baru pada platform terlibat ini selepas 27 April ini.

Bagi pengguna pada platform ini, anda dinasihatkan beralih akaun ke platform Android, iOS atau lain-lain sebelum 3 Julai 2017.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "LINE Akan Menamatkan Sokongan Untuk BlackBerry Pada Bulan Julai 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info