Teknologi sedia memudahkan pelbagai perkara, dan kini kerajaan dalam usaha untuk memperkenalkan sebuah aplikasi mudah-alih khusus memfokuskan pengguna bas perantara.
Aplikasi yang dijangka akan diperkenalkan pada suku ketiga 2017 kelak ini bakal memudahkan pengguna menyemak sejumlah perkara, termasuk dimanakah sesuatu bas berada, dan bas perantara apa yang akan melalui sesuatu laluan. Pengguna juga boleh menyemak bas perantara yang perlu diambil untuk ke sesuatu lokasi melalui aplikasi berkenaan.
Aplikasi ini bakal menyasarkan pengguna pengangkutan awam, disamping mempromosikan penggunaannya kepada lebih ramai pengguna.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kerajaan Bakal Memperkenalkan Aplikasi Untuk Menyemak Bas Perantara"