Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Windows 10 Creators Update Mula Diperkenalkan Untuk 13 Telefon

Microsoft telah menawarkan Windows 10 Creators Update untuk pengguna komputer riba dan desktop sejak daripada awal bulan April ini, dan kini mereka turut telah mula menawarkan kemaskini sama untuk pengguna peranti mudah-alih melalui penaik-tarafan Windows 10 Mobile.

Berbeza dengan untuk komputer, yang mana semua komputer Windows 10 boleh dinaik-taraf, untuk peranti mudah-alih, hanya 13 buah telefon pintar sahaja akan menerima kemaskini baru ini.

Antara model yang akan menerima kemaskini ini adalah termasuk:

  • HP Elite x3
  • Microsoft Lumia 950/950 XL
  • Microsoft Lumia 650
  • Microsoft Lumia 640/640 XL
  • Microsoft Lumia 550
  • ..dan beberapa peranti lain yang tidak dipasarkan di Malaysia, seperti VAIO Phone Biz, Alcatel IDOL 4S dan sebagainya.

Seperti biasa, kemaskini ini akan ditawarkan secara berperingkat kepada semua, dan mungkin mengambil sedikit masa sebelum anda menerimanya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Windows 10 Creators Update Mula Diperkenalkan Untuk 13 Telefon"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info