JDT sebelum ini pernah hadir dengan sebuah teaser ringkas yang memperlihatkan peranti seumpama Vertu yang bakal ditawarkan mereka. Kini, mereka turut menerbitkan sebuah lagi video teaser baru, yang mana memperlihatkan rekaan peranti berbeza – dan mengumumkan ia bakal dilancarkan secara rasmi esok, 15 April 2017.
Pihak JDT masih tidak mengumumkan apakah yang akan dilancarkan oleh mereka, dan sekadar mengatakan ia akan dilancarkan pada hari Sabtu, dan akan mula dijual bermula tengahari esok.
Melalui video teaser, ia dilihat seumpama telefon pintar. Namun, memandangkan dua video teaser yang hadir ini memperlihatkan peranti berbeza, ia membawa kepada tanda tanya sama ada lebih dari satu peranti akan diperkenalkan – ataupun JDT hanya akan memperkenalkan aksesori untuk telefon pintar sahaja.
Apa pun, seperti biasa, sama-sama kita nantikan esok untuk melihat sendiri apakah yang bakal diumumkan oleh JDT.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "JDT Bakal Melancarkan Produk Rasmi Terbaru Pada 15 April – Sebuah Telefon Pintar?"