Sembang Maniac

Sembang-sembang je

CrucialTec Dianugerahkan Paten Untuk Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin

CrucialTec ialah syarikat Korea Selatan yang menghasilkan pengimbas cap jari untuk Huawei, LG, Oppo dan Vivo. Nama syarikat ini mungkin kurang dikenali berbanding Synaptics yang dilaporkan menerima dana dari Samsung. CrucialTec baru sahaja dianugerahkan paten untuk sistem pengimbas cap jari terbina pada skrin peranti awal minggu ini.

Sistem Digital Fingerprint Solution (DFS) CrucialTec telah dibangunkan sejak 2012. Prototaip DFS dipamerkan di MWC pada peranti pintar dan jam tangan pintar. Dengan penganugerahan ini mereka bersedia untuk memberikan saingan kepada sistem imbasan terbina pada skrin yang dihasilkan oleh Synaptics dan Apple AuthenTec.

Ini bermakna penggunaan sistem imbasan pada skrin yang dahulunya dianggap fiksyen bakal digunakan secara meluas menggantikan pengimbas fizikal sedia ada.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "CrucialTec Dianugerahkan Paten Untuk Pengimbas Cap Jari Terbina Pada Skrin"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info