Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bang&Olufsen BeoSound Shape – Pembesar Suara Modular Yang Boleh Menjadi Hiasan Dinding

Sistem audio biasanya terdiri daripada dua pembesar suara dan satu subwoofer. Bagi mereka yang menggemari audio lebih berkualiti tinggi, kombinasi sehingga tujuh pembesar suara serta subwoofer digunakan. Di Bang&Olufsen mereka memberikan had lebih tinggi sehingga 44 komponen berbeza.

Bang&Olufsen BeoSound Shape ialah sistem audio modular yang direka khas untuk digantung pada dinding. Setiap komponen sistem audio ini boleh ditambah secara modular mengikut keperluan pengguna. Setiap komponen BeoSound Shape mempunyai bentuk asal oktagon yang disambung dengan menyusunnya kepada bentuk yang diingini.

Terdapat hab yang mengandungi komponen yang menyokong Bluetooth, Chromecast dan Air Play. Terdapat pembesar suara, woofer, tweeter dan peredam bunyi. Harga jualan sistem audio berkualiti tinggi ini bermula dari $4200 (~RM 18650). Harga yang munasabah bagi mereka yang mementingkan bangunan kualiti audio dan estetik yang tinggi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bang&Olufsen BeoSound Shape – Pembesar Suara Modular Yang Boleh Menjadi Hiasan Dinding"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info