Pada bulan Januari lepas, Xiaomi telah menawarkan Xiaomi Redmi 4A, iaitu telefon pintar dengan spesifikasi pertengahan mereka untuk pasaran tempatan. Ketika pengenalan, hanya versi 16GB sahaja ditawarkan, dan kini pihak Xiaomi Malaysia turut telah membawa masuk versi 32GB.
Xiaomi Redmi 4A hadir engan skrin bersaiz 5-inci, dilengkapi cip pemporsesan Snapdragon 425, serta memori 2GB RAM. Ia dilengkapkan dengan kamera belakang 13-megapixel dan juga kamera hadapan 5-megapixel. Menjana peranti ini adalah bateri berkapasiti 3120mAh yang menawarkan masa penggunaan sekitar lebih sehari.
Versi 32GB ini akan ditawarkan bermula 18 Mac 2017, dan berharga RM509.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi 4A Dengan Storan 32GB Berharga RM509 Di Malaysia"