Sembang Maniac

Sembang-sembang je

02 UK Menjual Telefon Pintar Dengan Cangkerang Diperbuat Daripada Rumput

02-Green Setiap tahun jutaan peranti dibuang kerana tidak lagi sesuai digunakan. Peranti lama ini kemudian dihantar ke negara dunia ketiga untuk “dikitar semula”. Malang sekali kerana tiada undang-undang dan penguatkuasaan yang ketat, proses kitar semula di negara seperti Afrika menghasilkan pencemaran yang teruk. Barangan elektrik dibakar bagi mendapatkan bahagian logam ataupun emas. Gas toksik yang dihasilkan dari pembakaran plastik mengakibatkan pekerja mengalami masalah kesihatan jangka panjang.


Bagi mengurangkan pencemaran bahan toksik, 02 UK menghasilkan telefon pintar yang mempunyai bahan binaan diperbuat daripada rumput dan kayu. Peranti Windows Phone ini mempunyai cangkerang belakang yang diambil dari rumput stadium ragbi Twickenham. Butang suara dan kuasa pula diperbuat daripada kayu. Selain memastikan peranti ini lebih mesra alam dan mudah dikitar semula, penjualan peranti ini mengumpul dana untuk Rugby Union. Wang yang terkumpul akan disalurkan kepada program pembangunan ragbi di United Kingdom.


Dari apa yang kami lihat telefon pintar ini mungkin sebuah Lumia 520. Adakah kemampuan mudah dikitar semula penting bagi anda?


02-Green-2






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "02 UK Menjual Telefon Pintar Dengan Cangkerang Diperbuat Daripada Rumput"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info