Sembang Maniac

Sembang-sembang je

WhatsApp Sedang Menguji Kebolehan Untuk “Pin” Perbualan Pada Tab Chat

WhatsApp sering menguji pelbagai ciri-ciri baru pada versi pembangunan mereka. Terkini, WhatsApp dilihat sedang menguji kebolehan untuk pin sesuatu perbualan pada tab Chat di WhatsApp.

Melaluinya, ia membolehkan pengguna sentiasa memaparkan perbualan berkenaan pada bahagian yang teratas sekali, dan diikuti dengan perbualan lain mengikut notifikasi pada bahagian bawahnya.

WhatsApp Pin Chat

Ia sesuai sekiranya anda ingin meletakkan komunikasi penting dan utama pada bahagian atas – terutamanya daripada keluarga dan rakan terdekat.

Buat masa ini, WhatsApp masih menguji ia pada peringkat beta, dan tidak diketahui lagi sama ada fungsi ini akan hadir untuk semua pengguna atau sebaliknya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "WhatsApp Sedang Menguji Kebolehan Untuk “Pin” Perbualan Pada Tab Chat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info