Sembang Maniac

Sembang-sembang je

LINE Membeli Perkhidmatan Penstriman Muzik MixRadio Daripada Microsoft

LINE baru-baru ini telah mengumumkan yang mana mereka ingin memasuki arena penawaran penstriman muzik dengan perkhidmatan dinamakan LINE Music. Kini, dalam memperkukuhkannya, mereka turut mengambil-alih perkhidmatan MixRadio daripada Microsoft, sekaligus akan memudahkan lagi mereka menawarkan perkhidmatan muzik melalui perkhidmatan permesejan mereka.


Nokia MixRadio


MixRadio telah diperkenalkan oleh Nokia sebelum ini, dan ia ditawarkan di lebih 31 buah negara – termasuk Malaysia. Ia ditawarkan pada platform Windows Phone, dan dengan pengambil-alihan ini, LINE dapat menjimatkan masa dalam perbincangan berkaitan perlesenan dan sebagainya dengan penerbit muzik lain seluruh dunia.


Perkara ini juga akan memastikan perkhidmatan MixRadio terus hidup walaupun dijenamakan semula, selain turut membawa perkhidmatan tersebut ke platform baru seperti Android dan juga iOS.


LINE Music sebelum ini telah diumumkan oleh pihak LINE dengan bekerjasama bersama Avex Digital dan juga Sony Music Entertainment. Pihak LINE dan Microsoft masing-masing tidak mengumumkan harga pengambil-alihan untuk perkhidmatan muzik ini.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LINE Membeli Perkhidmatan Penstriman Muzik MixRadio Daripada Microsoft"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info