Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Video Teaser Untuk Permainan Destiny 2 Diterbitkan

Activision sedia mengatakan pada awal tahun ini yang mana mereka akan melancarkan permainan Destiny 2 pada tahun 2017 ini. Selepas senyap seketika sejak pengumumannya, kini hari ini akhirnya mereka telah mengeluarkan video teaser pertama untuk permainan Destiny 2.

Destiny 2

Melalui teaser ringkas ini, ia memperlihatkan watak Cayde-6 menceritakan beberapa detik-detik ketika berlawan dengan musuh di dunia Destiny. Tiada banyak perkara yang diperlihatkan melalui teaser ringkas ini – tetapi memberikan sedikit gambaran kasar untuk permainan tembak-menembak berkenaan.

Penerbitnya mengatakan bakal menerbitkan video trailer penuh untuk permainan ini pada penghujung minggu ini. Disamping itu, seperti permainan asal, pengguna PlayStation 4 akan menerima kandungan eksklusif untuk tempoh masa terhad berbanding platform lain.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Video Teaser Untuk Permainan Destiny 2 Diterbitkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info