Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Viber Memperkenalkan Sokongan Mesej Yang Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa

Terdapat beberapa perkhidmatan yang menawarkan fungsi mesej yang hilang selepas suatu tempoh masa atau turut dipanggil “Secret Chat”, termasuk antaranya BBM, Facebook Messenger, Snapchat, Telegram, dan terkini pihak Viber turut memperkenalkan sokongan sama pada aplikasi iOS dan Android mereka.

Melalui fungsi “Secret Chats” ini, ia membuka tetingkap sembang khusus, dan mesej yang dikongsikan akan hilang selepas suatu tempoh masa. Pengguna juga tidak boleh forward sesuatu mesej kepada pengguna lain, selain tidak boleh merakamkan gambar skrin ketika bersembang melaluinya – atau mungkin pengguna lain akan menerima notifikasi sekiranya anda merakamkan gambar skrin.

Bagi anda yang menggunakan Viber, boleh mengemaskini aplikasi Viber untuk Android dan iOS hari ini, dan menikmati ciri-ciri baru ini.

Muat-Turun Viber untuk Android

Muat-Turun Viber untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Viber Memperkenalkan Sokongan Mesej Yang Hilang Selepas Suatu Tempoh Masa"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info