Sembang Maniac

Sembang-sembang je

UK Turut Melarang Membawa Masuk Beberapa Peranti Elektronik Pada Penerbangan Terpilih

Amerika Syarikat semalam telah mengumumkan yang mana mereka melarang membawa masuk peranti elektronik selain telefon ke kabin kapal terbang untuk penerbangan daripada beberapa buah negara. Kini, lanjutan daripadanya, UK turut membuat pengumuman yang lebih kurang sama.

Dibawah perubahan baru ini, pengguna tidak boleh membawa masuk telefon pintar, komputer riba dan tablet yang bersaiz lebih panjang daripada 16cm, lebih lebar daripada 9.3cm, dan lebih tebal daripada 1.5cm. Pada saiznya, kebanyakkan peranti yang terjejas adalah komputer riba sahaja, sementara pengguna masih boleh membawa masuk telefon pintar seperti biasa.

Buat masa ini, penerbangan ke UK daripada Turki, Lebanon, Mesir, Saudi Arabia, Jordan dan Tunisa sahaja yang dihadkan dengan perubahan baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "UK Turut Melarang Membawa Masuk Beberapa Peranti Elektronik Pada Penerbangan Terpilih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info