Kemaskini sepatutnya membawakan fungsi baru dan tahap keselamatan yang terkini. Antara sebab utama ada pengguna memilih peranti Nexus ialah kepantasan kemaskini diterima berbanding dari pengeluar lain. Jadi agak aneh semalam pengguna Nexus 6 melaporkan “kemaskini” dari Google mengembalikan peranti mereka ke versi Android 7.0 walaupun telah dikemaskini ke Android 7.1.1 sebelum ini.
Pihak Google mengesahkan ini bukan pepijat tetapi langkah yang diambil oleh mereka bagi menyelesaikan masalah yang berlaku selepas Nexus 6 menerima Android 7.1.1. Pengguna Nexus 6 disarankan untuk mengembalikan peranti ke Android 7.0 untuk terus mendapatkan kemaskini secara OTA dari pihak Google selepas ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Peranti Google Nexus 6 Dikembalikan Semula Ke Android 7.0 Kerana Masalah Dengan Android 7.1.1"