Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sunrise Memperkenalkan Meet – Papan Kekunci Khusus Untuk Memudahkan Pengurusan Jadual Anda

Sunrise merupakan aplikasi kalendar popular yang telah diambil-alih oleh Microsoft sebelum ini. Setelah sekian lama senyap tanpa sebarang pengumuman, hari ini Sunrise hadir dengan kejutan dan mengumumkan produk baru mereka – Meet. Aplikasi baru ini ditawarkan untuk pengguna peranti Android dan iOS sahaja buat masa ini.

Melalui aplikasi Meet ini, ia berfungsi sebagai sebuah papan kekunci pada peranti pintar anda. Ia bertujuan untuk memudahkan anda membuat temujanji dengan sesiapa – terutamanya ketika sedang menaip mesej pada aplikasi lain.

Sunrise Meet

Ketika sedang menaip sebarang mesej, anda boleh mengaktifkan untuk mengakses papan kekunci Meet daripada Sunrise ini, dan kemudian ia akan membawa paparan kalendar untuk anda pilih masa temujanji yang masih kosong. Anda juga turut boleh menggunakannya untuk menawarkan masa temujanji yang kosong, dan seterusnya memberikan pilihan kepada rakan anda atau pihak lain memilih masa temujanji yang dikehendaki. Menariknya, ia akan menambah temujanji berkenaan secara automatik ke kalendar anda berdasarkan kepada pilihan mereka.

Bagi anda yang sering melakukan pelbagai temujanji dari masa ke semasa, aplikasi ini amat berguna dan akan menjimatkan masa anda. Untuk menggunakan Sunrise Meet ini, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Sunrise, dan seterusnya menikmati sokongan papan kekunci Meet yang dibawakan Sunrise ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sunrise Memperkenalkan Meet – Papan Kekunci Khusus Untuk Memudahkan Pengurusan Jadual Anda"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info