Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pendaftaran Untuk Startup Malaysia Menyertai Google Launchpad Accelerator Kini Dibuka

Google mempunyai beberapa program dalam pembangunan syarikat baru, dan salah satunya adalah Google Launchpad Accelerator. Melaluinya, Google menawarkan program selama enam bulan dalam membolehkan startup daripada negara-negara membangun beralih ke fasa seterusnya dan menjadi syarikat yang berjaya.

Google Launchpad

Google Launchpad Accelerator ini merupakan sebuah program bebas ekuiti, dan mereka turut akan menyediakan latihan berbayar di ibu pejabat Google selama 2 minggu, selain bantuan daripada mentor dan sebagainya selama 6 bulan. Peserta juga akan menerima akses kepada jurutera Google, selain beberapa sumber daripada Google yang lain.

Kini, untuk Google Launchpad Accelerator Class 4, pihak Google membuka penyertaan untuk dari startup Malaysia untuk turut menyertainya.

Bagi anda yang sedang membangunkan startup sendiri, mungkin boleh mendaftar minat, dan menyertainya sekiranya terpilih kelak.

Daftar : Google Launchpad Accelerator Class 4



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pendaftaran Untuk Startup Malaysia Menyertai Google Launchpad Accelerator Kini Dibuka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info