Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Acer Bakal Menawarkan Chromebook Baru Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Acer pada hari ini merupakan salah satu pengeluar terkemuka dunia dalam penawaran komputer riba berasaskan Chrome OS – atau yang turut dikenali sebagai Chromebook. Mereka mempunyai pelbagai variasi penawaran, daripada saiz 11-inci hingga ke 15-inci.

Terkini, pihak Acer Malaysia berkongsi mengenai pencapaian Acer dalam arena Chromebook, dan pada masa yang sama mengatakan mereka bakal menawarkan sejumlah Chromebook untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Acer Chromebook N7

Apakah model spesifik yang bakal dibawa masuk tidak diumumkan oleh Acer Malaysia buat masa ini.

Jikalau dilihat, model paling terkini yang telah diumumkan oleh Acer untuk Chromebook, adalah Acer Chromebook N7. Ia hadir dengan Intel Celeron yang dilihat memadai untuk penggunaan Chromebook – selain menariknya menawarkan ketahanan tahap ketenteraan, menjadikan ia tahan lasak dan boleh selamat daripada terjatuh pada ketinggian 4 kaki. Mungkinkah kita akan melihat model ini, atau pihak Acer Malaysia bakal menawarkan model lain untuk pasaran tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Acer Bakal Menawarkan Chromebook Baru Di Malaysia Tidak Lama Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info