Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Netflix Kini Menambah Sokongan Penstriman Pelayar Web Firefox Untuk Linux

Jika anda seorang pengguna sistem operasi Linux, anda pasti tahu bahawa untuk menggunakan perkhidmatan penstriman Netflix, anda mempunyai hanya satu pilihan pelayar web, iaitu Google Chrome, ataupun memuat-turun pemalam untuk menduplikasi sokongan DRM Chrome, supaya perkhidmatan tersebut berfikir anda sedang menggunakan pelayar itu.

Kini, Netflix baru sahaja mengumumkan bahawa pelayar web Mozilla Firefox juga boleh digunakan untuk menonton siri TV dan filem di sistem operasi tersebut. Sebelum ini, hanya pelayar Chrome mampu menstrim video daripada Netflix kerana perkhidmatan tersebut memerlukan sokongan Encrypted Media Extension (EME), yang hanya hadir pada pelayar Chrome untuk sistem operasi Linux.

Menurut Netflix, Mozilla telah menambahkan sokongan EME ini tahun lalu, dan kini membolehkan video perkhidmatan penstriman tersebut dimainkan di pelayar tersebut tanpa perlu sebarang pemalam tambahan untuk menduplikasi DRM Chrome.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Netflix Kini Menambah Sokongan Penstriman Pelayar Web Firefox Untuk Linux"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info