Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Windows 10 Preview Dengan Sokongan Cortana Sedia Dimuat-Turun Dan Diuji

Microsoft ketika pengenalan beberapa fungsi baru Windows 10 tempoh hari telah mengatakan akan menawarkan versi pembangunan awal untuk diuji pada minggu hadapan. Nampaknya, kini lebih awal daripada itu, Microsoft telah menerbitkannya dan membolehkan sesiapa yang berminat untuk memuat-turun dan mengujinya.


Windows 10


Melalui versi pembangunan baru ini, ia membawakan beberapa fungsi baru, termasuk sokongan Cortana pada desktop, menu Start yang dikemaskini, halaman tetapan baru, aplikasi Photos dan Maps yang dikemaskini, akses kepada Windows Store Beta dan juga akses kepada Xbox App.


Menurut Microsoft, sokongan Cortana akan terhad kepada pengguna dengan tetapan bahasa US English sahaja buat masa ini – tetapi mereka ingin memperluaskannya ke pelbagai bahasa lain tidak lama lagi.


Bagi anda yang berminat atau sedia mencuba Windows 10 Technical Preview sebelum ini, mungkin boleh memulakan muat-turun anda, dan menaik-taraf kepada versi pembangunan baru ini hari ini.



Muat-Turun Windows 10 Preview





Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Windows 10 Preview Dengan Sokongan Cortana Sedia Dimuat-Turun Dan Diuji"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info