Aplikasi pemesejan Line amat popular di kalangan anak muda suatu ketika dahulu. Ia bersaing di dalam pasaran aplikasi pemesejan bersama WhatsApp, Bigo dan WeChat yang amat sengit . Line semalam mengumumkan Clova, pembantu maya dengan kecerdasan buatan mereka sendiri.
Aplikasi Clova akan dilancarkan di Jepun dan Korea Selatan pada musim panas ini. Seperti Alexa, ia kan memberikan maklumat berita, cuaca, saham, carian dan juga berkemampuan mengawal peranti pintar yang digunakan di rumah. Pada waktu yang sama pembesar suara WAVE akan dilancarkan yang dikawal sepenuhnya dengan menggunakan suara.
Line bekerjasama dengan Sony Mobile, TAKARATOMY, Winkle dan Naver bagi menghasilkan pelbagai peranti pintar yang berhubung antara satu sama lain.
Selain daripada itu Line turut mengumumkan pegangan majoriti di dalam syarikat Vinclu Inc yang menghasilkan pembantu maya hologram Gatebox yang dilancarkan Disember tahun lalu. Evolusi Line ini adalah amat menarik. Ia dihasilkan pada tahun 2011 sebagai aplikasi pemesejan kecemasan selepas gempa bumi Tohoku. Dalam masa kurang enam tahun ia kini mengembangkan sayap sebagai syarikat kecerdasan buatan.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Line Mengumumkan Clova – Pembantu Maya Berkecerdasan Buatan"