LEPAS RAYA - UMMI NAZEERA BAKAL KAHWINI DOKTOR
"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan melangsungkan perkahwinan dengan Mr. I selepas Hari Raya nanti," demikian kata pelakon Ummi Nazeera yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihannya.
Bagaimanapun kata Ummi, dia masih belum bersedia untuk memaklumkan tarikh khusus hari bahagianya kerana merasakan masa belum sesuai.
"Cuma tarikh sebenarnya biarlah saya rahsiakan terlebih dahulu dan akan umumkan apabila tiba masa sesuai," jelas aktres yang berusia 27 tahun itu.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ummi berkata, dia jarang bertemu dengan Mr. I kerana pemuda itu yang juga seorang doktor perubatan bertugas di sebuah hospital di Sarawak.
Bagaimanapun kata Ummi, tunangnya itu akan pulang ke Kuala Lumpur sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk bertemunya.
"Walaupun jarang berjumpa tetapi kami selalu berhubung menerusi telefon dan saya tiada masalah dengan perkara itu.
"Ini kerana saya memahami tugasnya sebagai doktor yang sentiasa memerlukan dia berada di hospital.
"Bagaimanapun dia selalu pulang ke KL untuk bertemu selain berbincang mengenai persiapan perkahwinan kami," ujarnya yang senang dengan sikap jejaka itu yang disifatkan sebagai seorang yang kelakar.
Sesetengah selebriti mungkin memilih untuk terus melangsungkan perkahwinan, tetapi bagi Ummi ikatan pertunangan lebih membuatkan mereka mengenali diri masing-masing.
Terdahulu, Ummi mengejutkan orang ramai apabila berita pertunangan beliau mula tersebar di media sosial di mana majlis itu di adakan secara tertutup di kediaman keluarganya.
Sumber: mStar
Foto: Ummi Nazeera IG
________________________
Follow @myartisdotcom
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "LEPAS RAYA - UMMI NAZEERA BAKAL KAHWINI DOKTOR"