Sembang Maniac

Sembang-sembang je

HTC Hadir Dengan HTC U Ultra Yang Menggunakan Skrin Kaca Nilam

HTC pada minggu lepas telah mengumumkan mereka mempunyai “kejutan” untuk pengguna, dan hari ini HTC Taiwan secara rasminya mengumumkan kejutan berkenaan – iaitu sebuah HTC U Ultra yang dilengkapi dengan skrin kaca nilam (sapphire).

HTC U Ultra hadir dengan skrin bersaiz 5.7-inci pada resolusi 2K, dan cip Snapdragon 821. Untuk rakaman gambar, ia dilengkapi dengan kamera 12-megapixel f/1.8 OIS selain kamera 16-megapixel pada bahagian hadapan.

Selain perubahan pada skrin, ia juga kini menawarkan ruangan storan bersaiz 128GB. Dengan penggunaan kaca nilam, dan harga HTC U Ultra yang sedia mahal, peranti versi baru ini membawakan tanda harga lebih tinggi iaitu NT$28900 (sekitar RM4071).

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada pihak HTC akan memasarkannya di luar Taiwan ataupun tidak. Dengan harga yang sangat tinggi ini, HTC mungkin akan sedikit sukar untuk memasarkannya – apatah lagi dengan pelbagai ulasan peranti ini yang tidak begitu memihak kepada mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "HTC Hadir Dengan HTC U Ultra Yang Menggunakan Skrin Kaca Nilam"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info