Valve sedia mempunyai platform realiti-maya mereka tersendiri, dinamakan SteamVR. Ia digunakan pada HTC Vive sahaja buat masa ini, dan tidak mustahil kita melihat peranti realiti-maya lain hadir menyokongnya.
Kini, melalui sesi khusus, pengasas Valve, iaitu Gabe Newell mengesahkan yang mana Valve sedang membangunkan sekitar tiga permainan baru untuk realiti-maya.
Valve menekankan yang mana ini adalah tiga permainan penuh, dan bukannya sekadar eksperimen.
Info penuh mengenai permainan berkenaan masih tidak diketahui lagi. Namun, apa yang dikongsikan Gabe Newell adalah ia dibangunkan menggunakan Source 2 dan juga Unity.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Valve Sedang Membangunkan Tiga Permainan Realiti-Maya Baru"