Beberapa pengeluar peranti menggunakan cip pemprosesan tersendiri dalam lebih mengoptimasikan telefon pintar mereka – sebagai contoh, Apple dengan cip siri-A, Samsung dengan Exynos, dan Huawei dengan Kirin. Kini, pihak Xiaomi turut dilihat akan hadir menggunakan cip pemprosesan yang dibangunkan oleh mereka tersendiri.
Kini, menurut WSJ, Xiaomi dijangka memperkenalkan cip pemprosesan “Pinecone” dalam tempoh sebulan lagi – sekaligus menjadikan mereka syarikat kedua dari China selepas Huawei untuk hadir dengan cip pemprosesan tersendiri.
Penggunaan cip pemprosesan sendiri dijangka akan memudahkan lagi mengoptimasikan MIUI untuk cip berkenaan – selain memudahkan mereka untuk memasuki pasaran luar dan mengawal pengeluaran dengan lebih mudah.
Xiaomi dilihat akan mengawal pengeluaran pemprosesan ini melalui syarikat yang dinamakan Beijing Pinecone Electronics.
Dengan info terbaru ini, maka kita mungkin akan melihat cip berkenaan diumumkan atau diperkenalkan bersama telefon Xiaomi terbaru dalam tempoh sebulan akan datang.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Akan Hadir Dengan Cip Pemprosesan Tersendiri Seumpama Apple, Samsung Dan Huawei"