Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Oppo Dual Camera Zoom Diperlihatkan Dengan Kemampuan Zoom Optikal 5X Menggunakan Sistem Periskop

Teaser yang dikongsi oleh Oppo beberapa hari sebelum MWC memberikan petunjuk teknologi zoom pada kamera peranti mudah alih. Sekiranya Sony berbangga dengan teknologi Motion Eye yang mampu merakam 960 FPS. Oppo pastinya bangga dengan teknologi Dual Camera Zoom  yang memberikan kemampuan zoom optikal 5X mereka.

Dual Camera Zoom ini unik kerana menggunakan sistem periskop pada sistem dwi-kamera. Satu sensor mengambil gambar seperti biasa. Sebuah lagi sensor dipasang pada kedudukan 90 darjah dari permukaan satah kamera. Sistem periskop akan memantulkan cahaya kepada sensor kedua dan membolehkan zoom optikal sebanyak 5X dilakukan.

Kali pertama sistem periskop seperti ini kami lihat ialah pada Zenfone Zoom ZX551ML yang memberikan zoom optikal sehingga 3X. Perbezaan paling ketara diantara sistem yang digunakan Oppo dan Zenfone ialah, sistem Oppo lebih kompak. Tiada cagak lensa besar yang terkeluar dari bahagian peranti.

Bagi mereka yang tidak gemar dengan “bonjolan” lensa kamera seperti pada iPhone 7 Plus. Inovasi terkini Oppo ini pastinya dinantikan kemunculannya pada peranti keluaran mereka.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Oppo Dual Camera Zoom Diperlihatkan Dengan Kemampuan Zoom Optikal 5X Menggunakan Sistem Periskop"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info