Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Manual Untuk LG Watch Sport Dan Style Tertiris

LG Watch Sport dan Style dipercayai akan dilancarkan pada 9 Februari ini bersama dengan kemas kini terkini Android Wear 2.0. Rekaan dua jam tangan pintar ini sudah lama tertiris dan antara yang telah disahkan setakat ini ialah penggunaan butang berputar seperti Apple Watch.

 Manual  untuk kedua-dua jam tangan ini pula tertiris hari ini dan mengesahkan beberapa lagi ura-ura yang didengari sebelum ini. Pertama sekali ia sah mempunyai sokongan Google Assistant. Ia diaktifkan dengan menekan butang berputar pada sisi peranti selama beberapa saat. Butang atas pada Watch Sport melancarkan aplikasi mengesan kesihatan Fit Workout manakala butang bawah melancarkan aplikasi Android Pay.

Penggunaan kabel USB-C pada pengecas tanpa wayar juga disahkan. Ini juga menjadikan LG Watch Sport dan Style jam tangan pertama yang menggunakan kabel pengecasan ini. Harga jualan LG Watch Sport dipercayai sekiyar $349 (~RM 1550) manakala untuk LG Watch Style pula sekitar $249 (~RM 1104).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Manual Untuk LG Watch Sport Dan Style Tertiris"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info