Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Komputer HP Dengan Rekaan Seumpama Speaker Kini Di Malaysia – Berharga RM3399

HP pada September 2016 lepas telah mengumumkan komputer terbaru mereka dengan rekaan seumpama sebuah speaker, dinamakan HP Pavilion Wave.

Penawaran ini adalah lebih kepada hanya bahagian komputer sahaja, tanpa monitor. HP hadir dengan rekaan seumpama speaker – dimana melengkapkan ia dengan bahan fabrik pada bahagian luar, sekaligus menjadikan ia lebih berbeza berbanding dengan komputer lain di pasaran.

HP Pavilion Wave

Melengkapkan komputer ini adalah cip Intel Core i5-6400T, kad grafik AMD Radeon R9 M470, memori 8GB DDR4, dan storan 1TB 7200rpm SATA. Komputer ini turut menyertakan sokongan audio B&O Play, selain turut menawarkan papan kekunci dan tetikus tanpa wayar.

Di Malaysia, HP menyenaraikan komputer ini pada harga RM3399, dan boleh ditempah melalui laman rasmi mereka hari ini.

HP Pavilion Wave



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Komputer HP Dengan Rekaan Seumpama Speaker Kini Di Malaysia – Berharga RM3399"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info