Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Logitech Hadir Dengan Webcam Yang Menyokong Rakaman 4K

Pada hari ini, kebanyakkan komputer riba hadir dengan webcam terbina, tetapi untuk pengguna komputer desktop – terutamanya di organisasi atau perusahaan, mereka masih perlu mendapatkan webcam secara berasingan sekiranya ingin menggunakan fungsi seperti panggilan video.

Logitech BrioUntuknya, Logitech mempunyai beberapa penawaran, dan hari ini mereka hadir dengan produk terbaru – sebuah webcam dengan sokongan 4K.

Dinamakan Logitech BRIO 4K Pro Webcam, Logitech mengatakan ia bukan sahaja untuk panggilan video, tetapi juga untuk penstriman langsung, rakaman vlog dan sebagainya.

Logitech turut mengintegrasikan sokongan HDR untuk rakaman video yang lebih cantik melaluinya, dan dijual pada harga $199 di Amerika Syarikat, iaitu sekitar RM883. Ia tidak diketahui lagi bilakah produk ini akan memasuki pasaran tempatan secara rasminya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Logitech Hadir Dengan Webcam Yang Menyokong Rakaman 4K"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info