Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Creative Commons Hadir Dengan Enjin Carian Gambar Khusus

Creative Commons merupakan salah satu badan tidak berasaskan keuntungan yang memfokuskan kepada mempromosi bahan untuk digunakan ramai dan berkolaborasi antara satu sama lain. Sejumlah kandungan dilesenkan dibawah Creative Commons, termasuk oleh kami sendiri untuk beberapa kandungan.

Terkini, pihak Creative Commons telah hadir dengan sebuah enjin carian baru dalam memudahkan pengguna untuk menemui gambar yang dilesenkan dibawah Creative Commons dan menggunakannya dalam tugasan atau penerbitan mereka.

Melalui enin carian yang disediakan, ia dengan mudah menyemak laman seperti 500px, Flickr, New York Public Library, Metropolitan Museum of Art, dan Rijksmuseum – dan memaparkan pelbagai gambar berdasarkan kata kunci anda. Pengguna turut boleh memilih untuk mengkhususkan carian untuk gambar yang boleh digunakan bagi tujuan komersial sahaja.

Disamping itu, pihak Creative Commons turut menyediakan sebuah fungsi khusus dalam memudahkan anda memberikan kredit kepada penerbit asal dengan mudah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman khusus Creative Commons Search hari ini, dan membuat carian gambar yang diperlukan oleh anda.

Layari : Creative Commons Search



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Creative Commons Hadir Dengan Enjin Carian Gambar Khusus"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info