Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemas Kini iOS 10.2.1 Menyelesaikan Masalah Bateri Pada Kebanyakan iPhone 6 Dan 6S

Masalah peranti yang terpadam secara tiba-tiba sungguhpun bateri masih mempunyai caj dilaporkan oleh pemilik iPhone 6, 6 Plus, 6S dan 6S Plus tahun lalu. Apple segera menjanjikan penyelesaian kepada masalah yang melanda ramai pengguna peranti-peranti ini. Hari ini akhirnya Apple mengesahkan masalah bateri ini diselesaikan menerusi kemas kini iOS 10.2.1 yang diberikan sebulan yang lalu.

Sungguhpun begitu mereka mengakui masalah hanya dapat diselesaikan pada  80% peranti iPhone 6S dan 70% pada peranti iPhone 6. Mereka mendapati sumber kepada masalah ini ialah bateri lama yang digunakan tidak mampu membekalkan kuasa yang mencukupi apabila pemproses memerlukan kuasa yang tinggi ketika melakukan fungsi telefon. Dengan kemaskini iOS 10.2.1 juga, peranti boleh dihidupkan terus selepas ianya terpadam. Sebelum ini ia terlebih dahulu perlu disambungkan kepada pengecas sebelum boleh dihidupkan semula.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Kemas Kini iOS 10.2.1 Menyelesaikan Masalah Bateri Pada Kebanyakan iPhone 6 Dan 6S"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info