Beberapa plaza tol sekitar Lembah Klang telah mula mengimplementasi kaedah bayaran menggunakan elektronik – iaitu sama ada Touch ‘n Go atau SmartTAG. Bergerak kehadapan, kini ia diumumkan yang mana kesemua 21 tol di Lembah Klang akan beroperasi secara elektronik sepenuhnya menjelang penghujung 2016 kelak.
Bermula 13 Januari kelak, pengguna lebuhraya MEX (Maju Expressway), NPE (New Pantai Expressway), Grand Saga (CHeras-Kajang Highway), dan Kemuning Shah Alam Expressway (LKSA) akan mula mengimplementasi kaedah pembayaran secara elektronik – iaitu menggunakan PLUS Miles, Touch ‘n Go, atau SmartTAG.
Melalui implementasi pembayaran secara elektronik ini, ia dikatakan plaza tol mampu beroperasi dengan lebih efisyen, disamping pada masa yang sama memberikan keselesaan kepada pengguna kerana tidak perlu tersangkut di plaza tol untuk tempoh yang lama.
Perlaksanaan pembayaran tol elektronik ini dilihat sebagai salah satu langkah awal sebelum implementasi tol tanpa palang diperkenalkan dalam setahun dua lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Semua Tol Di Lembah Klang Akan Menggunakan Kaedah Pembayaran Elektronik Menjelang Penghujung 2016"