SNS Network dan pihak Intel Malaysia sebelum ini telah bekerjasama beberapa kali untuk hadir dengan tablet pada harga mampu-milik dibawah keluarga JOI. Hari ini, mereka turut memperluaskan penawaran mereka, dimana kedua-dua syarikat berkenaan turut bekerjasama dengan MyTeach untuk hadir dengan sebuah tablet khusus untuk para pelajar tadika dan pra-sekolah.
Tablet yang dinamakan sebagai JOI KinderTab ini hadir berasaskan kepada sistem operasi Android, selain turut dilengkapi dengan pelindung luar khas untuk melindunginya dan memudahkan lagi kanak-kanak memegangnya. JOI KinderTab ini menggunakan cip pemprosesan Intel Atom, serta menggunakan sebuah launcher khusus untuk memaparkan kandungan berbentuk pelajaran terus apabila memulakannya. Sebuah stylus turut disertakan untuk memudahkan penulisan pada tablet ini, selain beberapa aplikasi pendidikan yang berasaskan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang hadir terbina.
Dengan pengenalan tablet ini juga, pihak MyTeach mengumumkan kerjasama dengan Krista Education, dimana sejumlah Tadika Krista akan menggunakan tablet berkenaan untuk tujuan pembelajaran – dan hasil maklumbalas daripadanya akan digunakan untuk terus menambah-baik proses pembelajaran yang ditawarkan melalui tablet ini.
JOI Kinderab ditawarkan di Malaysia pada harga RM529 (termasuk GST) – dimana pengguna boleh mendapatkannya daripada Tadika Krista, selain di AEON dan juga kedai online seperti Lelong dan juga Lazada.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "JOI KinderTab Dilancarkan Di Malaysia – Tablet Khusus Untuk Pelajar Tadika Dan Pra-Sekolah"