Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adakah Maxis Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar 4G Tersendiri?

Sebelum ini, kita telah sedia melihat Yes hadir dengan telefon pintar mereka tersendiri dinamakan Yes Altitude. Kini, mungkinkah kita akan turut melihat Maxis melakukan perkara sama?

Maxis NeXT

Melalui sebuah laman yang tertiris ke arena web, ia dilihat Maxis dalam persediaan untuk pemasaran baru melalui apa yang dipanggil sebagai Maxis NeXT.

Melalui laman Maxis NeXT yang boleh diakses melalui Google Cache, info mengenainya juga masih tidak diketahui sepenuhnya. Maxis mengatakan melalui NeXT, pengguna akan mendapat pengalaman telefon pintar 4G berkuasa dengan sokongan jaminan tidak seperti yang lain, selain data dan panggilan yang sedia digunakan. Info FAQ pada laman berkenaan juga tidak penuh, dan dilihat promosi berkenaan mungkin berjalan bermula 3 Mac 2017 kelak. Dan seperti biasa, pengguna akan tertakluk dibawah kontrak selama 24-bulan bersama Maxis apabila mengambil Maxis NeXT ini.

Pencarian kami melalui Sirim tidak memperlihatkan Maxis mendaftar sebarang telefon pintar baru dalam masa terdekat ini.

Dengan pelbagai info yang masih samar-samar ini, mungkin bagi kami ini adalah promosi Maxis untuk beberapa peranti terpilih, dan mungkin bukan sebuah peranti baru. Apa pun, tidak mustahil juga Maxis memperkenalkan peranti mereka tersendiri – atau mungkin melakukannya seperti di pasaran Amerika Syarikat, dimana peranti pengeluar lain dijenamakan dibawah Maxis.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Maxis melalui Maxis NeXT ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adakah Maxis Dalam Perancangan Untuk Memperkenalkan Telefon Pintar 4G Tersendiri?"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info