Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Akan Berkongsi Punca Letupan Galaxy Note 7 Pada 23 Januari Hadapan

Kita semakin hampir kepada penghujung masalah letupan yang melanda Samsung Galaxy Note 7. Sekiranya anda baru tersedar dari koma dan tiak mengetahui apa yang telah berlalu, peranti ini ditarik semula jualannya pada Oktober lalu kerana kejadian letupan berlaku secara rambang. Pada awalnya Samsung mengatakan punca letupan akan diumumkan pada penghujung 2016. Tetapi menurut laporan Reuters ia akan diumumkan 23 Januari ini.

Di dalam laporan yang sama sumber yang tidak ingin dikenali mengatakan bateri adalah punca letupan yang berlaku. Kesilapan ketika penghasilan bateri menyebabkan ia menjadi bom jangka di dalam peranti. Pada 23 Januari ini, Samsung turut akan berkongsi mengenai langkah yang telah diambil bagi mengelakkan kejadian yang sama dari berulang. Adakah kepercayaan anda kepada Samsung berkurangan selepas insiden ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Akan Berkongsi Punca Letupan Galaxy Note 7 Pada 23 Januari Hadapan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info