Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Nissan Merancang Menjual Kereta Dipandu Automatik Kepada Pengguna Menjelang Tahun 2020

Nissan sebelum ini telah memperkenalkan kereta dipandu automatik mereka, dan kini sekali lagi berkongsi perancangan mereka di Tokyo Motor Show, mengatakan mereka merancang untuk menyediakan kenderaan mereka untuk dijual kepada pengguna menjelang tahun 2020 kelak.

Walaubagaimanapun, ia tidak diketahui lagi menjelang 2020 tersebut, adakah negara-negara global telah bersedia dengan undang-undang dan sebagainya untuk pemanduan kereta automatik di jalan raya. Buat masa ini, kerajaan Jepun sangat menyokong usaha berkenaan – dan mungkin menjadikan Jepun sebagai negara pertama dimana pengguna awam boleh membeli dan menggunakannya di jalan raya.

Daripada kenderaan prototaip yang sedang diuji oleh Nissan, mereka menggunakan sejumlah 12 kamera, lima radar, dan empat laser untuk mengukur jarak dan mengelak daripada berlaku sebarang perkara tidak diingini. Nissan memperlihatkan dimana pengguna hanya perlu menetapkan lokasi ke tempat yang dituju pada navigasi, dan kemudian ia akan memandu ke lokasi berkenaan.

Nissan merancang untuk menyelesaikan fasa pembangunan pertama untuk pemanduan automatik di lebuhraya dengan kesesakkan trafik menjelang penghujung 2016 kelak, disamping menjelang tahun 2018 mereka inginkan kenderaan tersebut menyokong pemanduan dan pertukaran lorong di lebuhraya.

Menjelang tahun 2020 kelak, Nissan mengharapkan teknologi automotif mereka membolehkan kenderaan menguruskan perjalanan di jalan raya dengan efektif secara automatik.

Tahun 2020 juga turut dipilih memandangkan Jepun akan mengehoskan Sukan Olimpik – sekaligus boleh memperlihatkan perkembangan pesat dunia teknologi di Jepun kepada orang ramai yang hadir ketika itu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nissan Merancang Menjual Kereta Dipandu Automatik Kepada Pengguna Menjelang Tahun 2020"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info