Nintendo hari ini telah mengadakan acara pelancaran konsol baru mereka, iaitu Nintendo Switch, dan berkongsi tarikh pelancarannya. Ia bakal mula dijual pada 3 Mac 2017 kelak, sekaligus membolehkan para peminat mendapatkan konsol hibrid mereka, dan mula memainkan permainan yang disukai melaluinya.
Nintendo Switch membawakan rekaan yang boleh dihubungkan kepada televisyen melalui sebuah dock khusus, selain ia turut boleh ditanggalkan dan dimainkan secara berasingan sebagai sebuah konsol mudah-alih.
Menariknya juga adalah dimana konsol ini akan menawarkan sokongan yang tidak diterhadkan untuk sesuatu negara – sekaligus membolehkan anda mendapatkannya dari mana-mana, dan memainkan sebarang permainan khusus untuknya.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Nintendo Switch Akan Dijual Bermula 3 Mac 2017 – Berharga Sekitar RM1350"