Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Dell Latitude 7285 – Komputer Tablet Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar

Pengecasan tanpa wayar ialah teknologi yang kami mahu lihat dibangunkan dengan lebih serius tahun ini. Dengan hanya satu pad pengecasan, pelbagai peranti boleh dicas tanpa wayar berselirat di palam elekrtik. Buat masa ini ia sudah disokong oleh beberapa kamera digital, jam tangan pintar dan telefon pintar. Dell Latitude 7285 yang baru sahaja diperlihatkan adalah komputer riba yang menyokong pengecasan pantas.

Latitude 7285 ialah komputer tablet dengan papan kekunci yang boleh ditanggalkan. Apabila berfungsi sebagai tablet ia boleh digunakan sehingga sembilan jam. Sambungan kepada aksesori papan kekunci akan menambah masa penggunaan sebanyak tiga jam. Sistem pengecas tanpa wayar WiTricity digunakan.

Spesifikasi penuh dan harga jualan hanya akan diketahui Mei hadapan. Komputer tablet ini bukanlah yang pertama menggunakan teknologi tanpa wayar oleh Dell. Pada tahun 2009 Dell Latitude Z dihasilkan oleh mereka dengan pilihan dok pengecas tanpa wayar berharga $400.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Dell Latitude 7285 – Komputer Tablet Dengan Sistem Pengecasan Tanpa Wayar"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info